assalamualaikum...
dekat bawah ni,adalah post yang diambil drpd blog cik cahaya...
persoalan ini juga timbul di otak penulis..so,apa yang kita dapat mestilah dikongsi,,
ini adalah jawapan bagi alasan merka yang tidak menutup aurat..
artikel ini bukan sahaja tertumpu kepada muslimah yang tidak bertudung...tetapi juga yang sewaktu dengannya...
harap semua bace dan ambil iktibar,,,
insyaAllah....
syukran kepada sumber sumber...
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah
anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?
Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang
melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu
serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman
bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk
menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah
yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya
agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak
kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang
mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki.
Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi
kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada
juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan
kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan
anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha
mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan
bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat
tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan
anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal
ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih
buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan
seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis
dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu
sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik
darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka
melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah
atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah
swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk
menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka
atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua
arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas
atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka,
ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap
keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu
diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa
ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana
secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA
SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia
terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara
zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK
IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu
menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual,
atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan
kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu
sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti
apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu
dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat
dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika
bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru
ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara
tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu
lagi. [3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan