jom ikuti kisah saya.sorry jarang hupdate blog!..byaselah kan CANDIDATE SPM niey..doakan titew tau!
sorry yo!.bila mulut ingin berbicara tetapi lidah terasa kelu :)

Khamis, 30 Disember 2010

happy new year!!..slamat tggl 2010 yg penuh sejarah!

no more tears
no more love
no more play around
no gedik gedik
no jd budak budak

eh eh byk ye perkataan 'NO'..hhaha..
katakn ya kepada buku
katakn ya kepada makanan berkhasiat
katakn ya kepada exercise
katakn ya utk slalu g surau
katakn ya slalu sengkn aty mak n ayah



HAPPY NEW YEAR OKEE!  jgn lupe at solat sunat tau tau..


 



best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

3 rahsea laki mestie tahu





3 Rahsia Lelaki Yg Wanita Mesti Tau!!!

couple awek pakwe

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takdak pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

new year!!...

as salam to all blogger
soorry sgt sgt sebb da lame ta update blog..
waa..sob sob..miss u so much
sambil usap usap kepale blog..
eceh..hahhaa






okay syp sume..

konsentrate ape yg anis nak ckp nih..

klu ta na dgr ta pe lah kn kn(nada mode merajok)

setiap org mestie lah ade azam kn..hahaha(wink wink)

pssttt..na dgr cite ta..

meh sini anis na cite..mai rapat  rapat skit
(eh eh,pompan je,laki ta bley ok..not muhrim larh)

na dijadikan crite kn..taon lepas byk sgt anis ye azam..haha..smpai ta larat na cover..hehhee
jom kite imbas kembali ape azam anis taon lepas

azam 2010
  • na jd pelajar yg top addmaths tp tp..hahaha..bwu tau yg addmaths tuh susa na score..
  • na jd top student kat skola tp tp hahaha...tu lah byk lg main main kat kelas..
  • na become fit..haha  skrg da fit dah dr dulu..hahaha..cehwah
  • na jd muslimah yg diredhai allah  alhamduliillah..doakn saye
  •  na pandai masak  boleh lah masak tp klu masak mestie hangit ke hangus tah..hahaha..  


hahaha..klakar kn..na dikirakn sume azam kebanyakkan ade yg membuahkan hasil n ade yg ta..hahha..klakar je kn..tuh lah...byk sgt azam..tgk kn da ta mampu na gendong..nah..padan muke ko anis..hahaha..okk ok..biar je lah kn..tutop buku lame then bukak bku bwu..anggap je sbgai dugaan....azam taon nih plak..eh eh..ta msok lg lah anis new year.."alah,biar lah same je kn,nnti masok jgk taon bwu)..alamak..TAHUN BWU..mula lah membuat kn saye kecot perot mendengar ye..haha..ta pe ta pe kc kecik skit lah...hahaa..guess what??..tahun depan kn kn..anis na amik peperiksaan yg sgt sgt sgt besar..waa..tgk tgk..rase takot lah..pray for me ye all blogger..




 SPM SPM SPM..wow gerun lah plak....rase mcm jantung nih cam na terkeluar je tahu..dah dah..jgn na gundahkan lg hati yg sememang ye tgh gundah gelana..


azam taon 2011 ta lame lg kn..lg 15 jam je lg..wow takot takot..



  • na dpt keputusan cemerlang..ameen..doakan tau tau..eh anis nie..jgn suh owg doa je..awk pown kena usaha..yahoo..insyaallah
  •  na  mencari sebanyk mane ilmu agama
  • na fasih berbahasa arab n english..hopefully,mane lah tau rezeki na g luar negara kn..ameen..
  • na jd anak solehah..ameen..  
hahha..kn da na dekat SPM kn kn..mak anis ckp cm nih


emak  :anis n ela,lepas nih no facebook,no blogger,no tgk tv ary sabtu ahad je bleh,no bace novel,no text text msj,no keluar g hangout ngn kwn kawn...
                    anis  :baik lah mak(sambil tercengang cengang,harus trima ngn hati terbukak meyh)

waa..tgk tgk..sedih kn..ta pe lah..normal lah kn..ibu mane ta nak tgk anak dye berjaya..hanye satu je cara dye na wat kn anak dye brjaye..sekat sume aktiviti yg bleh melalaikn dye dr baca buku..


ameen ya rabbal alamin..k lah..mak da pggil da tuh tolg dye masak..ta baek kn ingkar suruhan dye..ngee..tata blog ku syg.. 

p/s:doakan anis tau tau..mungkin anis x kan menghupdate blog dlm tempoh yg agak lame lah..nyiahahha..ta pe lah ape salah nye korbankn nih sume..mane lah tau membuahkn hasil..ameen..to kwn kwn blog..rajin rajin lah ye melawat..lepas nih maybe blog anis da suram sebb jrg hupdate..:'(..sedih la plak..ta pe lah make pengorbanan kenalah ikhlas kn kn..

akhir kate selamat tinggal blog ku syg..(smbil golek golek ta nak tinggalkn blog)..insyaallah klu mak beri keizinan nak menghupdate blog..nsyaallah i will..peluk cium peluk cium utk blog nih..waa..love love love u so much..waaa..:'(





  love love love love love love love love sgt kt blog nih..selamat tggal syg..cehwah cm sedih je kn..hahaha..jupe lg all blogger..love jgk kat sume blogger yg da follo anis..tanpa anda,siapalah blog anis nih

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

@detik terakhir hidupku@..(utk shbatku)

bismillahirrahmanirrahiim....


Dengan kebesaran dan kekuasaan-Nya kita masih berada di sini…
Allah ar-Rahman, Ar-Rahiim, Al-Wadud…

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu...

Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku...

Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu...
dan...

Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun...


Jika matamu masih berat untuk memandangku,
Maka ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku...
Jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku,
Maka relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku...

Jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu,
Maka senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku...

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengharapkan budimu sahabat."
" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini...

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini, tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi...

Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."
" Himpunkanlah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan cuma satu kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu..."

“Ku tahu aku bukan seistimewa itu di hatimu...
Bukan jua niatku untuk menjentik rasa sayang dan cinta kerana Allah di hatimu...
Jauh sekali untuk menitiskan mutiara berharga milik Allah yang cuma layak ditujukan buat-Nya...”

Cuma satu yang ku ingin hatimu tahu...

“Hati ini sayang, rindu, cinta kamu kerana-Nya yang Satu...

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita..
Dan di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti...
Sungguh, ku menyayangimu wahai sahabat..."insyaALLAH...




best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Ahad, 26 Disember 2010

poligami,satu alternatif!

CAUTION : THIS ARTICLE MAY CONTAIN IMPOLITE WORDS. READER’S DISCRETION IS ADVISED.

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengupdate blog. I have come up with an idea to write about polygamy. Which I know every women or maybe most hate to talk about.

Setelah saya melihat dan berfikir kembali, mengapa dan kenapa kes perceraian di Malaysia semakin menjadi-jadi,tidak kurang juga kes-kes jenayah atau ‘kerosakan akhlak’ di kalangan anak-anak semakin meningkat? Apa yang saya dapati ialah,majority kes-kes jenayah di kalangan remaja atau pelajar sekolah,kebanyakkan dari pesalah-pesalah ini datangnya dari keluarga yang berpecah belah,samada ibu bapa mereka bercerai atau menghadapi krisis rumahtangga yang serius.

Dan saya juga mendapati bahawa kebanyakkan atau majority ibu bapa di Malaysia khususnya seakan-akan fobia akan krisis rumahtangga yang semakin menjadi-jadi menyebabkan mereka mengawal atau mempersiapkan anak-anak mereka agar apabila mereka sudah berkahwin nanti tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti perceraian atau penganiayaan. Tindakan mereka ini menyebabkan anak-anak yang sudah sampai masa untuk berkahwin tidak dapat berkahwin kerana alasan-alasan dari ibu bapa seperti tidak habis belajar,belum bekerja,pasangan mereka tidak menepati criteria-kriteria yang mereka kehendaki atau tidak bersedia. (If I continue on writing about our parents typical attitude I am going far away from what I want to actually write about) so,this ends here.

Baiklah,berbalik kepada topic yang saya ingin ketengahkan. Rata-rata saya dapati majority perempuan-perempuan yang bermastautin di KL ini terutamanya adalah mereka-mereka yang bekerja. Kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan ini menyebabkan kedua-dua pasangan suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung hidup di kota yang mencabar ini. Secara fitrahnya,perempuan itu tempatnya di rumah,kerana seorang perempuan itu adalah surirumah kepada suaminya,kerana beliaulah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal rumahtangga dari mengemas,memasak,membasuh dan mengasuh anak-anak. Tugas-tugas seorang surirumah itu sedari pagi beliau bangun dari tidur sehinggalah ke malam hari dan tugasnya tamat adalah apabila mereka tidur. Sekalipun seorang wanita itu bekerja mancari nafkah membantu suami dalam ekonomi rumahtangga,apabila beliau pulang ke rumah pada petang hari,beliau tetap perlu menjalanksn tugas-tugas beliau sebagai seorang isteri(melayan suami) dan sebagai seorang ibu(melayan kerenah anak-anak) tidak dicampur lagi dengan tugas-tugas yang lain seperti membasuh,mengemas dan memasak.

Jadi anda bayangkan seorang wanita yang sedari pagi bangun untuk menyiapkan pakaian serta sarapan suami dan anak-anak terpaksa pula pergi bekerja di pejabat sehinggalah ke petang barulah pulang bersama-sama suami yang juga penat seharian bekerja,terpaksa pula melayan suami yang kepenatan dan menyiapkan makanan keluarga yang kelaparan. Jadi bagaimana dengan keadaan wanita itu sendiri? Tidakkah beliau juga kepenatan seperti sang suami? Sudahlah penat bekerja,terpaksa pula melayan suami dan anak-anak. Lebih parah lagi apabila sang suami langsung tidak membantu dirinya dalam menguruskan serba sedikit hal-hal rumahtangga. Menyebabkan lama-kelamaan isteri yang kepenatan bekerja ini yang terpaksa bekerja pula di rumah mengalami tekanan kerana tanggungjawab yang banyak dan tidak henti-henti. Maka berlakulah pertengkaran di antara suami dan isteri dimana seorang isteri yang mengalami tekanan kerana kepenatan bekerja naik marah kepada suami yang mengharapkan perhatian dan tidak membantu meringankan bebannya sebaliknya hanya mengarahnya itu dan ini. Dari sekecil-kecil hal seperti inilah maka timbulnya hal-hal yang lebih besar seperti suami tidak pulang ke rumah,suami curang dan sebagainya. Saya tidak menyalahkan pihak suami seratus peratus kerana tidak mahu pulang ke rumah atau berlaku curang dengan isteri. Kerana lelaki fitrahnya memang mahukan perhatian dan layanan daripada perempuan(isterinya). Jadi sekiranya seorang suami pulang ke rumah tidak mendapat layanan yang mesra dari isteri untuk menghilangkan kepenatan beliau bekerja kerana isterinya juga yang kepenatan bekerja tidak mampu secara kudratnya untuk melayani suami menyebabkan si suami ini tadi merasa malas untuk pulang ke rumah kerana tiada bezanya beliau pulang ke ruamh sekiranya isteri tidak mampu melayani mereka. Dan alternative mereka adalah melepak bersama kawan-kawan sekerja yang senasib dengannya atau mencari perempuan lain yang boleh melayani mereka. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Suami atau isteri?

Seperti fitrah wanita ingin disayangi dan dibelai oleh suami begitu juga fitrah suami ingin dilayan dan dimanjakan oleh isteri. Kerana dengan senyuman dan kucupan mesra dari isteri tercinta merekalah yang dapat menghilangkan segala rasa penat dan lelah mereka seharian bekerja mencari nafkah. Jika seorang suami itu merasa gembira disambut isteri dengan senyuman mesra apabila pulang ke rumah tidakkah seorang isteri itu juga turut gembira melihat suami? Kerana seorang isteri yang benar-benar mencintai suaminya hanya mahukan suaminya sentiasa gembira dan tersenyum. Manakala wanita-wanita yang hanya mahu mengongkong suami dan hanya mengharap itu dan ini dari suami tanpa memberikan apa-apa kepada suami sebagai balasan bagi saya mereka-mereka ini adalah wanita-wanita yang mementingkan diri sendiri dan tamak.

Wanita-wanita ini hanya mahukan suami mereka tetap terus menyayangi mereka hanya seorang. Mereka akan mudah marah nak mengamuk sekiranya mereka mendapat tahu suami berlaku curang atau ingin berkahwin lagi. Terus terang saya katakan,wanita-wanita seperti ini adalah wanita-wanita yang tamak dan hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka sudah maklum bahawa kesibukan mereka bekerja di pejabat tidak memampukan mereka melayani kerenah suami dan anak-anak sepenuh perhatian namun mereka tetap enggan membenarkan suami-suami mereka berkahwin lagi.

Seharusnya wanita-wanita yang suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi ini bersyukur kerana suami mereka berterus terang dengan mereka ingin berkahwin lagi dan bukannya mereka(suami) berlaku curang terhadap isteri. Bukanlah seorang suami itu dengan menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin lagi itu menandakan mereka tidak menyayangi isterinya tetapi mereka memahami bahawa isterinya seorang sahaja tidak mampu untuk bekerja membantunya mencari nafkah sekaligus menjadi surirumah yang Berjaya. Kerana itulah poligami menjadi satu alternative.

Bayangkan anda mempunyai seorang madu(suami berkahwin lagi). Bukankah dengan mempunyai 2 orang isteri tugas-tugas sebagai seorang isteri dapat dikurangkan? Contohnya isteri pertama adalah surirumah sepenuh masa,bertanggungjawab dalam menjaga makan,pakai dan hal-hal rumahtangga yang lainnya dan isteri kedua pula dapat bekerja membantu suami mencari nafkah bagi meringankan beban keluarga. Suami mendapat seorang isteri yang dapat membantunya mencari nafkah dan juga seorang lagi isteri yang dapat menguruskan hal-hal rumahtangga. Kepulangan suami dapat disambut baik oleh isteri yang menjadi surirumah kerana tidak terbeban perlu bekerja dan isteri kedua tidak perlu khuatir dan berpenat lelah melayani suami mereka dan menguruskan hal-hal rumahtangga yang lainnya. Dengan cara ini suami merasa gembira dan bahagia isteri merasa tenang dan selesa. Apabila suami kita gembira dan bahagia tidakkah kita juga turut merasainya?

Hanya jika anda seorang wanita yang tamak tidak mahu berkongsi suami yang hanya pentingkan diri sendiri mahu kehendaknya sahaja yang terpenuhi,sekiranya suatu hari nanti suami yang anda kepung dan cinta bagai nak mati itu menceraikan anda kerana perempuan lain,maka tidak ada gunanya anda menggigit kaki sekalipun kerana baru anda akan menyedari bahawa penat anda mencintai suami bagai nak mati tapi apa yang anda perolehi ? ditinggalkan seorang diri rasa nak mati. Sudah tidak ada maknanya lagi.

Fikir-fikirkanlah,adakah anda benar-benar mencintai suami?atau hanya pentingkan diri sendiri? Poligami itu boleh menjadi indah dan seronok sekiranya anda sendiri yang mahukan ianya menjadi seperti itu. Most people are as happy as they make up their minds to be. Make the change you want to see in the world. Adapun soal cabaran dan ujian berpoligami,sekiranya anda mampu menghadapinya dengan tenang then you have made yourself even better and what else can I say,you are a winner!

Action speaks louder than words, so make it happen and you’ll see that you have changed to be an even a better person.

Wallahua’lam….
best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

apabila suami menjadi matlamat

(sekadar gambar hiasan)

Baru sebentar tadi saya ada terbaca di facebook,artikel mengenai poligami. ( asal buat artikel baru jer mesti pasal poligami,tak habis-habis ) kesimpulan yang saya dapat dari artikel tersebut adalah isteri-isteri perlulah mempunyai jati diri yang kuat,perlu banyak bersabar dan lain-lain. Nasihat kepada suami yang berpoligami dan juga isteri-isteri yang berpoligami.

Bagi saya bukan hanya isteri pertama atau isteri kedua,ketiga keempat sahaja yang perlu extra sabar n extra jati diri yang kuat tetapi semua wanita islam di atas muka bumi ini seharusnya mempunyai sifat sedemikian. Tahu kenapa? Kerana kebarangkalian suami suami anda berkahwin lagi juga adalah tinggi kerana itu adalah fitrah seorang manusia yang bergelar lelaki.

Saudari-saudari ku, ingatlah bahawa perkahwinan itu bukanlah segala-galanya. Ianya hanyalah wasilah kita untuk menuju matlamat kita yang sebenar iaitu syurga. Jadi apabila anda menjadikan suami anda sebagai matlamat anda secara tidak sedar(bagi yang sudah berkahwin) anda akan merasa sungguh dan tersangatlah kecewa dan sedih dan patah hati dan semua perasaan-perasaan negative akan merasuk hati jiwa dan minda anda apabila suami anda berkahwin lagi atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi atau yang lebih parah lagi curang dengan anda.

Sepatutnya anda tidak perlu merasa tertekan atau depressed apabila suami anda kahwin lagi kerana anda seharusnya memahami sedari anda kahwin dengan suami anda lagi anda sedar bahawa perkahwinanku ini adalah wasilah untukku menuju Pencipta ku iaitu Allah untuk mendapat syurganya dan Allah telah memberi aku seorang suami yang dapat membantu ku menuju-Nya. Dan suami ku ini adalah pinjaman Allah kepadaku untuk aku jaga dan taatinya sesuai perintah Penciptaku. Dan aku juga perlu ingat bahawa suami aku ini adalah manusia juga sepertiku. Dia bukanlah malaikat tetapi manusia yang diberi sifat-sifat dan fitrah seorang manusia bernama lelaki.

Apabila kita sebagai isteri memahami bahawa suami hanyalah pinjaman Allah kepada kita dan bukanlah matlamat kita dan segala-segalanya maka tidak susah untuk kita menerima hakikat bahawa suamiku ingin berkahwin lagi.
Bagi yang belum berkahwin pula,ingin saya nasihati dengan sedikit pesanan bahawa untuk mencari Mr.Right atau Mr.Perfect adalah sesuatu yang mustahil. Kerana pertamanya tidak ada manusia yang perfect di dalam muka bumi ini termasuklah diri anda sendiri jadi bagaimana anda mahu mencari the perfect guy?
Rata-rata saya lihat muslimah-muslimah hari ini walaupun sudah sampai masanya tetap tak kahwin-kahwin lagi adalah kerana salah mereka sendiri. Apabila mereka terlalu memilih,mahukan lelaki yang sebegitu dan sebegini mahukan yang kacak yang alim yang pandai yang tinggi yang itu yang ini jadi apabila ada lelaki yang tidak menepati kritirea-kritirea yang mereka sendiri gariskan maka dengan mudahnya mereka akan menolak lelaki-lelaki tersebut. Alangkah kasihannya lelaki-lelaki itu,hanya kerana dia tidak cukup pandai atau tidak cukup kacak maka lamarannya ditolak. Atau muslimah-muslimah ini member alasan yang merek amasih belum bersedia untuk berkahwin kerana umurnya baru 25,26 atau 27. Masih ada masa lagi untuk mencari Mr.Right mereka.

Tidakkah anda terfikir,tatkala anda sibuk menggariskan kritirea-kritirea yang anda mahu pada bakal calon suami anda,di pihak lelaki juga mereka mahukan muslimah muslimah seperti itu dan ini,yang begitu dan begini. Bakal isteri mereka mereka mahukan yang cantik yang gebu yang pandai yang itu yang ini. Dan apa perasaan anda apabila lelaki yang anda minati me-reject anda hanya kerana anda tidak ada satu atau dua kritirea-kritirea yang mereka mahukan? Pasti anda akan terkilan dan anda pasti akan katakan kenapa awak tidak boleh menerima saya seadanya?



Sedarlah,untuk mencari lelaki yang perfect sampai mati pun anda tidak akan menjumpainya. Dan sebelum anda mencari lelaki yang perfect adakah diri anda itu sendiri sudah cukup perfect? Kerana pastinya hanya lelaki yang perfect untuk wanita yang perfect. Jadi untuk mendapatkan Mr.perfect anda sendiri perlulah jadi Mrs.Perfect. barulah sesuai Mr and Mrs Perfect. Bukankah begitu?



Kalau anda mahukan bakal suami anda menerima kebaikan dan keburukan anda seadanya maka anda juga harus berbuat demikian pada bakal suami anda. Cuz what you give you get back. Sekiranya anda boleh memaafkan rupa bakal suami anda yang kurang hensem contohnya berbanding dengan jejaka pujaan anda tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang hati baik maka anda menerimanya dengan ikhlas maka bakal suami anda juga akan berbuat begitu kepada anda.





Selamat mencuba~~




Wallahua’lam

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

~dia yang kunanti~

Imam yang dinanti
Tertegak Islam di dalam diri
Hatinya dilingkari cinta Yang Satu
Iman dan taqwa menjadi sepatu
Dengan roh Islam dia melangkah maju
Dahagakan keredhaan-Nya, hauskan ilmu
Gagah melawan nafsu
Solatnya dihayati penuh syahdu
Kata-katanya benar tidak menipu


Imam yang dinanti
Teguh dalam saf perjuangan
Teman-temannya adalah
Pencinta syariat Islam
Yang menyampaikan ilmu di dada

Buat umat yang kehausan

Yang menginfakkan harta

Untuk jalan jihad dan kebenaran


Imam yang dinanti
Adalah lelaki beriman

Yang mengalir dalam darahnya

Segala sifat kepimpinan

Suka berbuat kebajikan

Berbakti pada ayah bondanya

Dengan penuh kebaikan

Dalam rumahtangga

Dialah penjaga kerukunan

Menghiasi jiwa ahlinya

Dengan seagung-agung pegangan

Mendidik anak dan isterinya

Untuk terus menghayati Islam

Yang mengamalkan hidup

Penuh kesederhanaan

Yang dunia ini baginya

Rumah sementara menuju akhirat


Imam yang dinanti

Sentiasa sedia menjadi imamku

Yang hidup di bawah naungan Al-Quran

Dan petunjuk Rasulullah saw

Yang menjaga matanya

Daripada berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran

Dengan rahmat Allah ke atasnya


Imam yang dinanti

Tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana membaca

Suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun Subuhnya penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya
Bertambah penuh kematangan

Imam yang dinanti
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu
Perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik dan bertunas
Bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam
Sebelum hari kemudian

Imam yang dinanti
Adalah lelaki yang
Tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawaku bersama

Dialah
Imam yang kunanti...!

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

~wanita,akal senipis rambutnya..~

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan oleh lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah..
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
didiklah mereka dengan panduan dari-Nya..
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka semakin liar..
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka semakin derita..
kenalkan mereka kepada Allah..
zat yang kekal..
di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman..
perasaan selembut sutera, hiasilah dengan ahlak..
suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
ia bukan diskriminasi Allah..
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya..
pasti tidak akan terhibur..
dan tidak akan menghiburkan..
tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus...
bahkan akan semakin membengkok..
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi durhaka..
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata mata..
tapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..
pimpinlah diri kepadaNya..
jinakkan diri kepada Allah..
nescaya akan jinaklah segala galanya dibawah pimpinanmu..
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah...


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

^apakah itu cinta^

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu bebanan,
Mereka yang tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian,
Mereka yang mendambakannya, menyebutnya satu takdir.

Adakalanya, Allah sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberinya kesusahan untuk menguji kita. Adakalanya sehingga melukai hati, supaya nikmat sesuatu cinta itu lebih dihargai.
Jika kita kehilangan cinta, ketahuilah.. pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk diertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telahpun bersedia untuk memberikan yang lebih baik.
Kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa?
Kerana walaupun kita ingin membuat satu keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin tergesa-gesa, kita tidak ingin membabi buta.
Kerana walaupun kita ingin segera menemui cinta, kita tidak ingin sesat dan kehilangan arah dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.


Apakah kita perlu tergesa-gesa mencari orang yang kita inginkan, lalu menimbang memilih apa yang ada.
Atau hanya menerima orang yang kita cintai, lalu memuaskan diri dengan apa yang ada.
Atau bersabar untuk mencari orang yang tepat, kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan hanya untuk bersama pilihan yang salah.


Perlu diketahui, tiada bunga yang boleh mekar semalaman dan tiada kota yang boleh terbina dalam sehari, Inikan pula kehidupan, yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
Oleh itu, sesuatu cinta yang agung perlu disemai dan didewasakan bersama kehidupan.


Kebanyakkannya, sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Adakalanya perlu mengambil masa yang lama, dan ketahuilah.. segala penantian itu tidakkan sia-sia.
Walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan tetapi percayalah - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.~

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

lelaki idaman "ku"

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa......


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

asrar!

asrar...


MUSLIMAH YANG DIRINDUI..
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya..
terpancar sinar Nur Illahi..
Lidahnya basah dengan Zikrullah..
Di sudut hati kecilnya..
Sentiasa membesarkan Allah..

MUSLIMAH YANG DICINTAI..
Yang menutup auratnya..
Dari pandangan mata ajnabi..
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..
Di sanjung tinggi..
Penduduk langit dan bumi..

MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN..
Adalah yang mendekatkan..
Hatinya yang telah jauh..
Kepada AR-Rahman, AR-Rahim..
Di saat orang lain dilamar kebendaan..

MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Yang bersyukur dengan apa yang ada..
Yang bersabar pada yang tiada..
Cinta pada hidup yang sederhana..
Yang tidak bermata benda..

MUSLIMAH YANG DISUKAI..
Menjadi dian pada dirinya sendiri..
Menjadi pelita untuk putera-puterinya..
Yang bakal dilahirkan..
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

10 wanita haram masuk shurga allah!

peringatan utk muslimah..
*rahsia hati ta de sape yg tahu!*



  • Wanita yang mewarnakan tangan dan tukang pewar
  • Wanita yang mengubah kejadian Allah SWT
  • Wanita yang mencabut bulu kening
  • Wanita yang mengubah bentuk gigi untuk bermegah.
  • Wanita yang menyambung rambut untuk bermegah-megah
  • Wanita yang memarahi suami
  • Wanita yang menyerupai lelaki
  • Wanita yang menziarahi kubur (Dengan tanpa memenuhi adab-adab agama)
  • Wanita yang mengumpat dan pendengar umpatan.
  • Istilah cina buta dalam pernikahan Islam, wanita yang terlibat dalam melakukan cina buta.
  • Wanita yang berpakaian ketat seperti berbogel.
  • Wanita yang sengaja berlenggang-lenggok semasa berjalan dengan tujuan menarik perhatian lelaki
  • Wanita yang membuka aurat kepda bukan muhrim
KEPADA SEMUA WANITA DI LUAR JAGALAH NIKMAT ALLAH SWT YG SEDIA ADA PADA KITA..JANGAN MENJADI GOLONGAN YANG KUFUR NIKMAT ATAS KENIKMATAN ALLAH YG DI BERI KEPAADA KITA..WALLAHUAALAMBISAWAB


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Jumaat, 24 Disember 2010

baitul muslim


as salam to all blogger..ekceli saye jupe artikel nih kat kak shifa..then saye copy n paste je lah sebb dye ye artikel best!..thanx kak shifa!..love u!


Firman Allah: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]

Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.


Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.


Namun, jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.


Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.


sumber: Ustaz Hafiz Firdaus & Ustzh Fatimah Syarh

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Rabu, 22 Disember 2010

award

as salam to all blogger!..
Alhamdulillah.ade lg rupe ye owg na kasi award kat saye..terharu sebentar sambil lap lap air mata nih..cehwah..hahaha..ape ape pown anis na ckp shukran jazilan kat sape sape yang sudi "mengaward'(ayt ape tah) benda nih..comel sgt sgt..




ni haa!! toin2.






ek? kna jwb soalan. cam interview plak.

1. make a cute thanks and wishes to the person who gave you this award :
mmmmuuaahh kaka diah,kaka meow to  for this award.love love u so much much
nah, ambik ni. miau pink seko. kwenkan dgn cik puteh midah ye. (>_<)

2. spread the award to  bloggers whom you think their blog are totally awesome :

serikandi
encik touya
farhana
 shazreena
kaka umira
schu lala
ija
isteri abg manis
abg afiq
 safuan
abg fazril




3. tell 7 interesting truths about yourself :

  • suka masak masak tp takot minyak
  • suke berkawan n mulot manyak ramah
  • suka account n saye adalh future accountant..cehwah!!..
  • saye nih gile gile sikit..always talk pasal kahwin kahwin nih(bersedia dr awl)..ooopss..cehwah..
  • slalu ckp ngn ikan ikan kat rumah..ahhaha..mcm keja gile kan..tp fyi..ikan tuh bleh jd pendengar setia n boleh doakan kite klu kite de problem..
  • suka bace buku novel n buku agama..
  • agak sensitif(berjaga jaga ngn saya,sebb klu anda ta jaga ur bahasa,mungkin saye akan menangis)..aww!..hahha
  • suke kat baby baby..
  • try to avoid percintaan time skola nih..takot takot
  • seorang yang ta de lah sopan santun mane..tp i can be polite when ngn makcik makcik or pakcik pakcik..cehwah!..
  • try na belajar masak sebelom habis SPM sebb jeles ngn pika(bestie)..dye da pandai masak..

MENARIK TTG AWARD NI: 




ekceli award nih saye da terima lama da..tp disebabkan kekangn waktu..terpsa lah sye tanggohkan award nih..tp ape ape pown..sye tetap kc award gak kan..nah!..ambik ambik..


thanx to yg kaci award..terharu sgt sgt nih..sye da nak nangis da..


love love u so much much

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Isnin, 20 Disember 2010

ade hikmah yg menanti..la tahzan

as salam to all blogger
 
hehhe..bwu ary nih na post kn kn..ape lah anis nih...ta pe ta pelah...td time saye berjalan jalan kat blog kakak yab bernama kak miza yusof nih..tetibe terbace artikel nih..rase cm terharu lah pulak..Mungkin korang semua dah pernah baca kan tapi tak kisahlah sekadar pedoman dan motivasi untuk kita semua...:')

Tak dinafikan memang sakit sangat bila kita putus cinta apatah cinta yang kita agung-agungkan putus ditengah jalan. Sedih, perit dan macam-macam benda yang kita rasa tak terluah dengan kata-kata. Tapi itu semua penawar dan petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Betul tak ?

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita lagi. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA. Sesungguhnya Allah telah menyusun yang mana lebih baek untuk hambanya.


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

women!

Yang melindungi diri dan hatinya denganmalu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,

Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,



Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati…

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

putus cinta

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Ahad, 19 Disember 2010

saidatina khadijah mengahwini rasullullah pd umor 25,bukan 40


Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

Wallahua’lam

Aamin! Ya Rabbal Aalamin
best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

pppsssttt..pspppssstt..muslimin..30 tips utk anda

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Bertemu kita sekali lagi ye..
Sebelum ni ana hanya banyak memberikan tips untuk kaum hawa jekan..
Sehingga ada la 2  3 org kaum Adam ni yg merungut cikit kan sbb xda tips tok mereka..Ehe..
HHaaa..jadi kali ni ana nak Kaum Adam plak yg beri perhatian ye..Boleh???
INSYAALLAH SWT..
........................................................
Sebagai LELAKI.. Pernahkah anda terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?
Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?


Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya...
Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita..
Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin...
INSYAALLAH SWT..

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa :

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya..
INSYAALLAH SWT..

Marilah kita selidiki kalau-kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan..
SUBHANALLAH..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda..Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik..
HUSNUL ZHON DENGAN SANG KHALIQ YA.. 

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri.. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri ..apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda???

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari..
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari??? Check it Out..

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah...Janganlah la pulak da balik kje tu,,Stokin bersepah..Baju longgok merata..Ciaaannn isteri kat umah tu..da penat sari suntok wat kje umah..

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan..Masa TRAFIC JAM tu..gunakanlah masa tu tuk gurau senda gn  isteri..Ni x..Meradang je sbb xleh sampai cepat kan..HHmmmm..

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri...NO KOMENNN......

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah..Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.Mana adil ???

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam...INI PENTING..NAFKAH JANGAN DI BUAT MAIN2 YE..

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan..!!!!!!!!!!

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana???

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak..

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain..Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini...

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang..

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.???

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah

Sumber : LOVE LOVE ISLAM .COM

**********************************
HHhhhhhhmmmmm...Amacam Para Muslimin sekalian?
Rasa-rasa ada x dlam semua ke..ato pon ckit2 la sifat ni dalam diri anda???
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..

WALLAHUALAM..
best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

pelangi