Amalan dan Doa Semasa Mengandung
Mengandung
adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah
suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita
lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu
nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di
akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah
sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku
ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan
awal.
Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

- Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
- Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
- Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
- Surah Maryam.
- Surah al-Ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan