jom ikuti kisah saya.sorry jarang hupdate blog!..byaselah kan CANDIDATE SPM niey..doakan titew tau!
sorry yo!.bila mulut ingin berbicara tetapi lidah terasa kelu :)

Isnin, 13 Disember 2010

Bagaimana Nak Tahu Si Dia Masih Suka Anda

Bagaimana Nak Tahu Si Dia Masih Suka Anda

oleh Pak Ngah - Farit Ismeth Emir pada pada 12hb Disember 2010 pukul 3.59 ptg

1. Yang terang dan nyata lagi bersuluh, si dia akan selalu hubungi anda tidak kira pagi, petang, siang atau malam. Kalau dia selalu bagi alasan bahawa dia sibuk 24 jam, itu maknanya dia tidak berapa suka nak layan anda. Kalau dia betul-betul sukakan anda walau sesibuk mana pun, dia pasti akan menghubungi anda walaupun sekejap sahaja.

2. Dia sanggup berkorban demi anda. Cuba anda pinjam duit atau harta benda dia. Jika dia sanggup pinjamkan duit atau apa benda saja untuk anda, itu bermakna dia memang rela melakukan apa saja demi untuk kebahagiaan anda. Juga bermakna, dia tidak sanggup lihat anda dalam kesusahan.

3. Kalau dia cemburu apabila anda bercerita mengenai lelaki/perempuan lain, itu tanda positif. Itu bermakna dia tidak mahu ada orang lain dalam hidup anda berdua.

4. Dia akan memperkenalkan anda pada kawan-kawan dan keluarganya. Dia berasa megah memper kenalkan anda  dengan rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi jika dia bawa anda berjumpa keluarganya. Itu juga bermakna hubungan anda sudah menjadi serius.

5. Dia mengambil tahu tentang famili dan diri anda dan tahu asal usul anda. Dia juga ingat harijadi anda dan amat peka dengan hal-hal peribadi anda.

6. Dia tunjuk minat terhadap anda apabila berbicara atau berbual. Fikiran dan konsentrasinya hanya untuk anda.


best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Tiada ulasan:

pelangi