Kalau Allah itu Maha Baik, Kenapa buat neraka?
Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam,
tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah
negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali
pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di
premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para
pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya
tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati
melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis
panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,
seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa
tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang
mendalam.
Dalam
satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang
gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah
pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka
dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,
ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas
ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni
bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni
termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya,
pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak
mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat
azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita
campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin
dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz.
Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab
gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam
syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima
hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak?
Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik,
saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha
Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk
menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di
atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan
hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
juga."
Read more: http://permata-ungu.blogspot.com/2010_10_01_archive.html#ixzz17QLXaP7Q
Under Creative Commons License: Attribution
Tiada ulasan:
Catat Ulasan