Petua Melupakan Orang Yang Kita Kasihi
1.Jangan Hubungi Dia
Jangan
call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan
sebarang komunikasi. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Meluah Masalah Kepada Rakannya
Disebabkan
tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk
menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan
anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki
keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapatnya Sahaja
Masalah
cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami
anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai
masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta
anda.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Jangan
sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa
untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman.
Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda
letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi
masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda
perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih
maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu
hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan
menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda.
Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu
yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu
mengharungi perpisahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan