DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Gadis Paling Cantik
Jalan Menuju Kecantikan
Bunga atau mutiara?
bunga?
@
mutiara?
Artikel ni
ana copy dr blog ustazah Anwar Fakhri.. Ana ambik sbb ianya menarik n
blh b input pd para remaja hari ini, terutamanya muslimah..
Kata
ustaz nie, tajuk yang indah ini menarik perhatian dia ketika dia
membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga
atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah
yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan
menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi,
bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau
diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang
memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan
permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada
di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak
dan layak.
Kedua-duanya
cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga
hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak
menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang
menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti
terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai saudariku!
Wahai
orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya
yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga
Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap
gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai
nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.”
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
Maksudnya:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka.”
Jika
benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk
kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada
perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?
Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada
sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar
anda mengecapi kemanisan iman… daripada sekeping hati yang bimbang anda
akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hati anda menjadi gelap…
yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan
anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang
menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati
anda dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang
anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan
untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah
“aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku
sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai
Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu.
Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”
Renungan
Sekarang
saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai
tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung
agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya
sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah?
Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita
yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di
atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang
sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah
terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon
tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi
menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak
melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.
Maka
ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda
bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat
keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka
sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang
mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta
membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Katakan tidak!
Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4.
Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang
cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu
bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya
menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam
cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang…
Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?
Bagaimana sepatutnya pakaian anda?
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2.
Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di
kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala
mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5.
Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur
ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang
beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”
atau shbt leh tgk link nie :
Anda di dalam syurga
Wahai
muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa
yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan
menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak
memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka
kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat
wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang
bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt,
Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera
berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di
atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah
emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh
kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak
tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah
sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami
memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)
artikel copy from :
Terjemahan :Ust. Anwar Fakhri
Oleh : Hindun Abdullah
p/s : untk ana & shbt2 ana serta muslimah diluar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan