Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah 'Sembahyang' yang merujuk kepada 'Solat'. Tetapi pada hakikatnya, istilah 'Sembahyang' mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur 'Syirik'.
Professor
Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
'Sembahyang'. Katanya; 'Sembahyang' di ambil daripada perkataan 'Sembah' dan 'Hyang' yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. 'Sembahyang' juga diertikan sebagai 'menyembah berhala yang bernama Hyang'.
Dua
pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah 'Sembahyang' merujuk kepada
'menyembah dewa yang bernama Hyang'.
Orang
Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur 'Syirik' dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan
sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk
kepada 'menyembah dewa bernama Hyang'.
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan
anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi
"Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat
lebih tepat istilahnya
Mungkin
sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal
yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Read more: http://permata-ungu.blogspot.com/2010_10_01_archive.html#ixzz17QL4W1Ss
Under Creative Commons License: Attribution
Tiada ulasan:
Catat Ulasan