Wudhu' dan Sains
oleh Mujahidah Izz pada pada 09hb November 2010 pukul 11.30 ptg
Tahukah anda wuduk sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Ada beberapa kajian yang mengukuhkan kenyataan ini.
Dalam satu artikel yang bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person’s Health oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan yang tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi.
Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Selain itu Dr. Magomed menyatakan,Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.
Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu mencegah seseorang daripada kanser. Hal ini disebabkan mengikut kajian semasa salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.
Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan