jom ikuti kisah saya.sorry jarang hupdate blog!..byaselah kan CANDIDATE SPM niey..doakan titew tau!
sorry yo!.bila mulut ingin berbicara tetapi lidah terasa kelu :)

Selasa, 7 Disember 2010

29 rahsia wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. setuju..setuju..huhuhu


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. setuju...beri mase utk berfikir la ktekn..hikhikhik


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).ye ke...?boleh la...hehehe


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. setuju...

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! macam 2 ae...?xapasti...ade komen...?


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. mngkin la...huhuhu...xnak ngaku..


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. yang ni kaum lelaki perlu ambik berat..huhuhu..tp utk gadis-gadis jangan la wat bende yang bukan-bukan lak...terima seadenye...mungkin dia 2 kn yang terbaik utk kita,dan ape-ape pon...kita serahkan pada Allah ye.. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ha..yang ni saya setuju sangat...jangan la pas tolak cintanya...pastu terus je xnak kawan..xelok au mcm 2..sape  yang wat mcm 2...mknenye fikiran dia blom ckop matang..hehehehe..jangan marah..


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. setuju..sbb nak luahkan kat orang malu...hikhikhik

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. yang ini pon saya mmg stuju sgt...klu si gadis ni ade wat salah ke hape ke...tegur leklok...ape-ape pon lelaki n pempuan saling memerlukan...kedua-duanya berguna ok...

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. betol...betol..betol...


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. ish...ye ke...?dahsyat 2...macam terover la plak kn...?huhuhu


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Lebih-lebih lagi klu orang yang dia suka 2...senyum kat dia... setuju...huhuhu


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. btolllll, slow n steady...klu xnnt nyesal lak...btol x...?

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. yang ni kurang setuju...cari la cara lain...mn tau pempuan 2 nk jaga maruah n batas syariat..fikir-fikirkan...lalala

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. usaha sambil berdoa dan bertawakkal kpd Allah.. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! betol..kang diri sendiri yang merana...


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. ye la kot..segala pertemuan n perpisahan tu milik Allah, Allah beri kita peluang utk lebih mngenali ciri2 manusia yg pelbagai supaya mjadikan kita lbh dewasa n matang..


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.yang ni klu utk org yg dh kawin sesuai la, yang belom kawin...jgn dok ngado-ngado..bahanye sey..nnt lain lak jadinye...

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. setuju..ni bkn blaku kat zaman skola je au..kat zaman blaja kat IPTA/S pon blaku gak...

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! btol 2. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

22. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. betoll betoll..bergantung pd individu...ade komen...?


23. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. lelaki camni mmg pengecut, kalau nak, tackle trus ke orgnya tros..
 
24. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. cinta yg sebetulnya adala di mana 2 jiwa yg saling merindui kerana Allah dalam mencapai keredhaanNya dan mencintai yg SATU,di situla selayaknya hati keduanya bertemu 

25. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. tambah sikit ayat..kerana ALLAH...

26. Senjata wanita adalah airmata!!no comment...huhuhu

27. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. ye dok...?ade komen..?

28. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… tapi klu nak wat main2 tu takyahla,jgnla mainkan perasaan pempuan, sbb sekali hati mereka terluka kerana dilukai, amat la payah utk disembuhkan, so pada kaum wanita, jgn la cepat sgt terpedaye...termasuk la saya...hahaha 

29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. tepat sekali...
written by  a n i s s
                  (rahsia hati ta de siape pown yg tahu)




best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Tiada ulasan:

pelangi