jom ikuti kisah saya.sorry jarang hupdate blog!..byaselah kan CANDIDATE SPM niey..doakan titew tau!
sorry yo!.bila mulut ingin berbicara tetapi lidah terasa kelu :)

Selasa, 7 Disember 2010

jadilah lelaki seperti ini!

jadilah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada ALLAH
yang jiwanya penuh pnghayatan terhad ISLAM
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa  dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan ALLAH

jadilah seorang lelaki
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

jadilah seorang lelaki
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami ISLAM
yang mengamalkan hiduppenuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

jadilah seorang lelaki
yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
yang hidupnya di awah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat-sifat RASULULLAH
yang bleh diajak berbincang dan bericara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH keatasnya

jadilah lelaki
yang tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca AL-QURAN
suaranya lesu kerana penat BERZIKIR
tidurnya lena dengan cahaya KEIMANAN
bangunnya suuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan

jadilah seorang lelaki
yang sentiasa MENGINGATI MATI
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

jadilah seorang lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga ALLAH

SABAR itu iman, Duit bukan kawan, Dunia hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..



best ta?klu best jgn malu malu LIKE ye

Tiada ulasan:

pelangi