Dalam hadis: "Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia." (Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)
-_ade kilg aiskrim -melancong ke mekah n italy -further study at egypt
cintaNya
"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidah sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya... kerana Allah teramat mencintainya..tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"."jika Allah datangkan kesedaran dalam diri,supaya meninggalkan seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya.mengapa masih ragu-ragu?" "kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari."hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa."
i m girl(surely i m a girl,ta kn laki kot)..juz pggil aniss je...saye still bebudak lg(cehwah)..tp ade sikit kematangan dr segi pemikiran..hahha..
Tujuan sye bukak blog ni adalah untuk mengisi masa lapang. Kebanyakan entry dalam blog ni saye ciplak je. NI blog peribadi saye. Mane2 artikal yg saye rasa best, saye copy peste kat blog saye ni...klu kowg na copy n paste dr blog saye nih,dipersilakan..sama sama tebarkan ilmu ke jalan allah!..
1.bismillahhirrahmannirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
mampukah aq!
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah ..Susah.. dan senang rela bersama…
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga
Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah….
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik ....padang.... pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar….
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya…. walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya…. bahagia adalah miliknya… Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah…...
pesan lah pdku..!
Saudaraku, Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA...
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah ia agar aku berubah..
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lena ku dengan kalungan Al-Fatihah, Berjanjilah saudara ku,
Ukhwah kita untuk selamanya..
Islamic Widget
sayangilah allah!
anda ingin cantik!!...try this..
Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
InsyAllah,sekiranya kamu mengamalkan tips ini setiap hari,pasti ada cahaya pada wajah luhurmu..
petanda zahir jiwa kosong!
1.Kurang khusuk dalam ibadat khasnya solat.
2.Tiada berkesan dan terangsang apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran serta tazkirah.
3.Kurang berminat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang mengigatkan tentang akhirat.
4. Terlalu bermudah-mudah dalam perkara yang harus dan sesetengah perkara syubahat.
5.Memilih masjid yang pendek solatnya dan khutubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan